Sunday, January 11, 2009

Sampah Kehidupanku

Bagai Kota yang telah dibina oleh Yeremia, begitulah jiwa dan kehidupan kita yang ingin dibangunkan oleh kita....


saya selalu menyatakan bahawa saya ingin berubah tetapi tidak berhasil dan saya bertambah sakit..hati saya sakit dan kuasa iblis tidak habis-habis ingin menjatuhkan saya dengan masalah peribadi saya, perasaan saya, maruah saya dan sebagainya.... saya pada mulanya tidak mengerti akan semua ini... saya bertanya kepada Bapa.. Bapa kenapa semua ini terjadi??kenapa Bapa tidak menghiraukan saya yang sedang ingin berubah??kenapa Bapa di surga tinggalkan saya??kenapa Bapa tidak sayang saya?kenapa saya rasa jauh dari Bapa..??


saya mencuba pelbagai cara...saya pergi ke gereja, berdoa, mengikut pelayanan, menari bagi Dia dan sebagainya tetapi apa yang saya dapat hanya la kesakitan dan tangisan...namun saya tidak berhenti untuk mencari Dia....


Lalu saya mengikuti satu kem yang dinamakan "Rebuild, Renew, Reform"..

hati saya sangat sedih kerana kem tersebut diadakan selama seminggu..saya mula merungut dan merungut dan merungut...aiii lama betul kem ni..

tetapi saya pelajari sesuatu dari kem tersebut...iaitu "Rebuil, Renew, Reform" kehidupan saya...

di kem tersebut, kami pelajari tentang buku Yeremia. Dimana, dia telah membina kota yang sudah runtuh dan tidak mempunyai harapan lagi...Yeremia membangunkan kota tersebut dengan pada mulanya MEMBUANG SEMUA SAMPAH YAG TERTANAM DI DALAM TANAH DAN JUGA DI SEKELILINGNYA. Lepas itu, MEMPERBAIKI SEMULA STRUKTUR-STRUKTUR KOTA TERSEBUT dan MEMBINA SEMULA KOTA TERSEBUT yang akhirnya MEMBANGUNKAN KOTA tersebut...


begitu juga dengan kehidupan diri kita...untuk megubah kehidupan kita, kita perlu membuang semua sampah yang ada di diri kita..iaitu keinginan daging kita yang menyebabkan kita jatuh ke dalam dosa...kerana Bapa tidak akan dapat mendekatkan diri dengan kita sekiranya kita tidak kudus seperti Dia yang kudus..selepas itu, baru la kita mampu memperbaiki diri kita...hubungan kita dengan musuh-musuh kita...dan seterusnya kita bangun dan bangkit ke arah Bapa di sorga...memang ianya tidak mudah untuk melakukan semua itu...seperti juga Yeremia dimana mereka telah diganggu oleh si Sanbalat dan Tobat...Sanbalat dan Tobat tidak habis-habis coba untuk menjatuhkan semangat rakyat tersebut dari membina kota itu...tetapi mereka berjaya melakukan nya..
sy harap semangat seperti Yeremia dapat ditanam untuk membangunkan kehidupan saya yang hancur...

No comments: